Pages

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan telah ditubuhkan pada tahun 1955 di atas sebidang tanah yang terletak di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat. Tanah tersebut dibeli daripada Tuan Haji Jaafar bin Ain yang merupakan pemilik tanah.

Pembinaan sekolah ini mendapat kerjasama daripada penduduk setempat yang sama-sama menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi memastikan projek yang ingin dilaksanakan berjalan lancar. Dalam projek yang dirancang, penduduk telah melantik Cikgu Haji Jasmon bin Md. Said selaku Pengerusi dan Tuan Haji Kamaluddin dilantik sebagai Penaung. Tanah yang dibeli adalah daripada sumbangan penduduk yang telah sama-sama membantu menderma dengan ketetapan bayaran RM5.00 setiap orang berdasarkan kepada setiap ekar tanah yang dimiliki. Hasil sumbangan derma ini, penduduk telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM3000.00.

Diatas sebidang tanah yang telah dibeli tersebut, penduduk bersama-sama bergotong-royong mendirikan sebuah bangunan kayu yang mempunyai empat bilik darjah. Selain itu, sebuah rumah untuk guru besar turut dibina. Proses pembinaan ini memakan masa sehingga lima bulan untuk disiapkan.

Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Seri Pengkalan oleh Allahyarham Tuan Syed Esa. Nama ini sesuai kerana Parit Kuda ketika itu merupakan sebuah pengkalan untuk mengangkut batu dari Minyak Beku bagi pembinaan jalan raya Batu Pahat – Muar.

Tuan Haji Ayub bin Harun telah dilantik sebagai Guru Besar pertama bagi sekolah ini. Beliau dibantu oleh empat orang guru dan Jemaah Pengurus dimana pengerusinya ketika itu ialah Allahyarham Wakit bin Ibrahim. Sehingga kini seramai sepuluh orang guru besar telah dan sedang memberikan khidmat di sekolah ini. Murid-murid yang belajar di sekolah ini terdiri daripada anak-anak penduduk Kampung Parit Kuda, Kampung Parit Sangit, Kampung Parit Bisu, Kampung Parit Sidek dan Kampung Parit Sempadan dalam Mukim 1 Lubok, Semerah Batu Pahat.

kelas.jpg

Bangunan bilik darjah yang dibina pada tahun 1968

Seiring dengan peredaran zaman dan pertambahan bilangan murid, beberapa bangunan baru telah dibina dari semasa ke semasa. Pada tahun 1968, sebuah bangunan baru yang mempunyai tiga bilik darjah telah dibina bersebelahan dengan bangunan asal. Pada tahun 1990 pula, bangunan asal yang dibina oleh penduduk telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan tiga tingkat. Selain itu, bangunan kantin turut dibangunkan dihadapan bangunan baru tiga tingkat tersebut.



3tingkat.jpg








Bangunan sekolah 3 tingkat

Peruntukan yang diperoleh membolehkan bangunan makmal komputer dibina pada tahun 2001. Makmal ini mula beroperasi pada tahun 2002 yang menempatkan 11 buah komputer, sebuah projektor, sebuah pengimbas, sebuah pencetak dan sebuah pelayan. Bangunan pra sekolah dan taman permainan pula dibina pada akhir tahun 2006 bersebelahan makmal komputer.





makmal.jpg

pra.jpg




Bangunan Makmal Komputer

Bangunan Pra Sekolah - Pengkalan Permata




Pada 30 March 2010 telah berlangsung pelancaran program nilam dan kelab pencegahan jenayah peringkat sekolah. Perasmian tersebut telah di sempurnakan oleh SM Ismail B Ibrahim,Ketua Balai Polis Semerah. Antara atucara majlis ialah bacaan sajak oleh pelajar, ceramah jenayah oleh SM Ismail ,pemakaian lencana kelab pencegahan jenayah dan program nilam serta penyampaian hadiah untuk pelajar yang terlibat dalam program nilam.

0 comments:

Post a Comment